Wednesday, August 25, 2010

PENAMPANG YOUTH DAY 2


Penampang Youth Day 2 telah berlangsung pada 15hb & 16hb Ogos, 2010 bertempat di Dewan St. Agustine, Kinarut. Seramai 32 orang peserta dari Zon 1 Babagon menjayakan perhimpunan belia-belia Kristian seluruh Paroki Penampang yang kali kedua diadakan. Tuan rumah PYD-3 belum diputuskan.

Tuesday, August 24, 2010

MISSA PERTAMA REV. FR. MATHEUS LUTA



Tanggal 08hb Ogos, 2010 Gereja Sts. Peter & Paul, Babagon buat kali pertamanya menerima paderi baru, Rev. Fr. Matheus Luta yang mengadakan misa pertamanya sebagai seorang paderi. Perkarangan gereja dipenuhi umat yang datang meraikan paderi pertama yang merupakan anak jati Kg. Babagon. Majlis makan tengahari bersama Rev. Fr. Matheus juga diadakan di Dewan Sts. Peter & Paul. Turut hadir ialah Y.A.B Tan Sri Benard Giluk Dompok dan Puan Sri Diana, Y.B. Donald P. Mojuntin, PKR Bryan Matasing, dan beberapa pemimpin gereja pusat.

PENTAHBISAN PADERI BARU

Rev. Fr. Matheus (baju biru)

Pada 04hb Ogos 2010, Deacon Matheus Luta telah ditahbis menjadi paderi pertama dari Zon 1 Babagon. Pentahbisan dilangsungkan di Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu oleh Uskup Agung, Datuk John Lee. Turut ditahbis pada petang tersebut ialah Deacon Wiandigol Runsab dan Deacon Sunny Chung. Hampir seribu umat dari daerah Penampang, Papar dan Tuaran datang meraikan upacara gilang-gemilang ini.

Selepas upacara pentahbisan, ketiga-tiga paderi baru diraikan bersama di dewan. Persembahan daripada belia-belia Tuaran, Penampang dan Papar. Paroki Penampang mempersembahkan tarian 1 Malaysia iaitu gabungan tarian tradisi suku kaum di Sabah seperti Limbai, Daling-daling, Cocos, Sumazau dan diakhiri dengan tarian gabungan, 'celebration'. Rakan-rakan dari team Belia Masuk Kampung (BMK) juga mempersembahkan tarian Sumazau Penampang.

Friday, August 6, 2010

KEM BELIA ORANG ASAL PERINGKAT NEGERI SABAH 2010




KEM BELIA ORANG ASAL PERINGKAT NEGERI SABAH 2010 telah diadakan pada 30hb Julai 2010 hingga 01hb Ogos 2010 bertempat di Sub-stesen Taman Negara, Inobong. Kem belia ini merupakan anjuran Jaringan Belia Orang Asal Sabah dan bertemakan TANAH & HUTAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG. Seramai 150 orang belia daripada 12 buah daerah di seluruh Sabah termasuk rakan belia orang asal dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia berkampung di Sub-stesen Taman Negara ini. Kem ini dirasmikan oleh En. Anthonius Tompisal, Pegawai Belia Pantai Barat dari Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Delegasi Penampang merupakan yang paling ramai, KBP Zon 1 Babagon terdiri daripada Pn. Christina David, Pn. Jovinia Gilong, Flevia Johny, Melly Lingkuman, Baxter Collin, Clarice Sampil, Nestor Gupok, Leslie Justin, Rachelle Kuanching, Dona Peter, Kelly Gregory dan Roysten Johny. Tahniah kepada rakan-rakan KBP yang berjaya memeriahkan dan memeriuhkan kem belia tahun ini.