Monday, April 11, 2011

SELAMAT TINGGAL, GOOD LUCK!!



Setelah sekian lama bersama berjalan dalam pelayanan, akhirnya KBP Zon 1 Babagon mengucapkan 'sayonara' kepada rakan-rakan belia dari Kg. Madsiang dan Kg. Kipouvo bagi membolehkan pembentukan Pastoral Zon 9 Kipouvo. Berat mata memandang, berat lagi hati menerima. Namun, apakan daya arahan tetap arahan yang perlu dipatuhi. Apa-apa pun, KBP Zon 1 Babagon mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas ko-ordinator, Melly Lingkuman, Clarice Sampil, Roriano Engkim, dan Marcus Tunal serta rakan-rakan belia dari Kg. Madsiang dan Kg. Kipouvo yang bersama-sama dalam perjuangan KBP Zon 1 selama ini.

LAWATAN BELIA DARI RANAU


Pada 18hb -20hb April, seramai 18 orang rakan belia dari Kg. Bongkud, Ranau telah melawat-inap di kawasan Zon Pertanian. Lawatan ini merupakan suatu aktiviti bersama belia-belia yang melayani di Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon dan Chapel St. Victor, Bongkud yang bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama belia.

Para pelawat tiba pada jam 1 petang di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon dan diraikan dengan jamuan ringan dan sesi 'ice-breaking' sebelum diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Aktiviti di sebelah malam ialah doa Jalan Salib dan sunset mass. Selepas itu, semua belia berkumpul di kediaman Pn. Christina David untuk sesi bersama belia-belia yang lain.

Keesokan harinya, aktiviti yang dijalankan ialah sesi perkongsian pengalaman pelayanan daripada belia Ranau dan Penampang, Sesi Pelayanan Belia oleh Deacon Postinus, Sesi Kepimpinan Belia oleh En. Jualianus (TPBP) dan Sesi Games. Pada sebelah malamnya, Konsert Rohani diadakan dengan persembahan oleh pemenang-pemenang Talent Show semasa Revolusi Belia 2011 dan persembahan khas daripada Charlie (KBPZon13Moyog) dan duet Melldry-Davey (KSB CREW) yang menampilkan lagu 'Persahabatan' yang dicipta dan ditulis oleh mereka. Sesi konsert berakhir pada jam 11 malam.

Pada hari terakhir, semua belia berkumpul bersama dan menjamu selera di Pentas Tagal Babagon sebelum para belia dari Ranau berangkat pulang.

"Kami amat mengharap lawatan balas daripada anda ke tempat kami", En. Alfred, Ketua TPB Bongkud.

REVOLUSI BELIA 2011






Program Revolusi Belia 2010 telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 04hb Februari 2010 dan berakhir pada 06hb Februari 2010. Program ini diadakan di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon. Seramai 60 peserta menyertai program ini.

Program ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat yang ada dalam setiap belia. Antaranya ialah bakat menyanyi, berlakon, dan menari. Rata-rata peserta kali ini merupakan belia yang kali pertama menyertainya.

Antara aktiviti dalam program ini ialah (1) Apa itu pelayanan belia, (2) Sharing daripada rakan senior, (3) Bible study/ Lectio Divine, (4) Belia dan masalah (debat), (5) sukantara, (6) Talents-show dan (7) Konsert Rohani.

Semoga lebih ramai belia yang terbuka hati untuk menyertai aktiviti KBP Zon 1 Babagon dan memasuki dunia pelayanan. Amen,.

CANDLELIGHT 2010


Tahun lepas telah diadakan Carols by Candlelight peringkat Paroki Penampang yang diadakan di Gereja St. Michael, Penampang. Ianya menandakan bermulanya masa untuk mewartakan khabar gembira melalui lagu puji-pujian menjelang perayaan Hari Natal.

Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon telah membawakan lagu 'Bethlehem Doiti Jesus' yang diberi nafas baru hasil susunan semula oleh Maegyvaer Pimid. Seramai 25 orang belia Zon 1 Babagon telah mewakili Zon 1 Babagon.

Tahun 2011, Zon 2 Inobong akan menjadi tuan rumah buat kali kedua.