Setelah sekian lama bersama berjalan dalam pelayanan, akhirnya KBP Zon 1 Babagon mengucapkan 'sayonara' kepada rakan-rakan belia dari Kg. Madsiang dan Kg. Kipouvo bagi membolehkan pembentukan Pastoral Zon 9 Kipouvo. Berat mata memandang, berat lagi hati menerima. Namun, apakan daya arahan tetap arahan yang perlu dipatuhi. Apa-apa pun, KBP Zon 1 Babagon mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas ko-ordinator, Melly Lingkuman, Clarice Sampil, Roriano Engkim, dan Marcus Tunal serta rakan-rakan belia dari Kg. Madsiang dan Kg. Kipouvo yang bersama-sama dalam perjuangan KBP Zon 1 selama ini.
Komulakan Zon 1 Babagon
THE ANA's FAMILY CREW
Monday, April 11, 2011
SELAMAT TINGGAL, GOOD LUCK!!
Setelah sekian lama bersama berjalan dalam pelayanan, akhirnya KBP Zon 1 Babagon mengucapkan 'sayonara' kepada rakan-rakan belia dari Kg. Madsiang dan Kg. Kipouvo bagi membolehkan pembentukan Pastoral Zon 9 Kipouvo. Berat mata memandang, berat lagi hati menerima. Namun, apakan daya arahan tetap arahan yang perlu dipatuhi. Apa-apa pun, KBP Zon 1 Babagon mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas ko-ordinator, Melly Lingkuman, Clarice Sampil, Roriano Engkim, dan Marcus Tunal serta rakan-rakan belia dari Kg. Madsiang dan Kg. Kipouvo yang bersama-sama dalam perjuangan KBP Zon 1 selama ini.
LAWATAN BELIA DARI RANAU
Pada 18hb -20hb April, seramai 18 orang rakan belia dari Kg. Bongkud, Ranau telah melawat-inap di kawasan Zon Pertanian. Lawatan ini merupakan suatu aktiviti bersama belia-belia yang melayani di Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon dan Chapel St. Victor, Bongkud yang bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama belia.
Para pelawat tiba pada jam 1 petang di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon dan diraikan dengan jamuan ringan dan sesi 'ice-breaking' sebelum diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Aktiviti di sebelah malam ialah doa Jalan Salib dan sunset mass. Selepas itu, semua belia berkumpul di kediaman Pn. Christina David untuk sesi bersama belia-belia yang lain.
Keesokan harinya, aktiviti yang dijalankan ialah sesi perkongsian pengalaman pelayanan daripada belia Ranau dan Penampang, Sesi Pelayanan Belia oleh Deacon Postinus, Sesi Kepimpinan Belia oleh En. Jualianus (TPBP) dan Sesi Games. Pada sebelah malamnya, Konsert Rohani diadakan dengan persembahan oleh pemenang-pemenang Talent Show semasa Revolusi Belia 2011 dan persembahan khas daripada Charlie (KBPZon13Moyog) dan duet Melldry-Davey (KSB CREW) yang menampilkan lagu 'Persahabatan' yang dicipta dan ditulis oleh mereka. Sesi konsert berakhir pada jam 11 malam.
Pada hari terakhir, semua belia berkumpul bersama dan menjamu selera di Pentas Tagal Babagon sebelum para belia dari Ranau berangkat pulang.
"Kami amat mengharap lawatan balas daripada anda ke tempat kami", En. Alfred, Ketua TPB Bongkud.
REVOLUSI BELIA 2011
Program Revolusi Belia 2010 telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 04hb Februari 2010 dan berakhir pada 06hb Februari 2010. Program ini diadakan di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon. Seramai 60 peserta menyertai program ini.
Program ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat yang ada dalam setiap belia. Antaranya ialah bakat menyanyi, berlakon, dan menari. Rata-rata peserta kali ini merupakan belia yang kali pertama menyertainya.
Antara aktiviti dalam program ini ialah (1) Apa itu pelayanan belia, (2) Sharing daripada rakan senior, (3) Bible study/ Lectio Divine, (4) Belia dan masalah (debat), (5) sukantara, (6) Talents-show dan (7) Konsert Rohani.
Semoga lebih ramai belia yang terbuka hati untuk menyertai aktiviti KBP Zon 1 Babagon dan memasuki dunia pelayanan. Amen,.
CANDLELIGHT 2010

Tahun lepas telah diadakan Carols by Candlelight peringkat Paroki Penampang yang diadakan di Gereja St. Michael, Penampang. Ianya menandakan bermulanya masa untuk mewartakan khabar gembira melalui lagu puji-pujian menjelang perayaan Hari Natal.
Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon telah membawakan lagu 'Bethlehem Doiti Jesus' yang diberi nafas baru hasil susunan semula oleh Maegyvaer Pimid. Seramai 25 orang belia Zon 1 Babagon telah mewakili Zon 1 Babagon.
Tahun 2011, Zon 2 Inobong akan menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Tuesday, November 23, 2010
SEMINAR PEMERDAGANGAN MANUSIA
SEMINAR PEMERDAGANGAN MANUSIA PERINGKAT ZON 1 BABAGON
Tarikh : 28hb November 2010 (Ahad)
Masa : Jam 9.oo pagi selepas missa kudus
Anjuran : Sister Gembala Baik, YOUTHPrep Alamesra dan KBP Zon 1 Babagon.
Yuran : RM 2.00 sahaja.
Sasaran : Belia/remaja 13-35 tahun
oleh itu, diminta setiap kampung komuniti di zon 1 dan zon 13 menghantar 10 orang wakil dan 20 orang wakil di zon 13. Koordinator belia setiap zon di bawah Paroki Penampang dijemput turut serta dalam program ini.
Hubungi : 014-6546654 (Melly) & 014-5653551 (Baxter)
Friday, October 1, 2010
Be Ready Guys...
Bha, masuk bulan sepuluh@October sda...Bulan ni akan ada banyak aktiviti yg bakal berlangsung terutamanya utk belia zon 1 Babagon..so, Bersedia la wahai kawan2ku..hehe..Apa2 aktiviti akan di'update kemudian..hehe...
Friday, September 3, 2010
Perlawanan Persahabatan Bola Tampar
Baru2 ini iaitu pada 29/8/2010, Kbp Zon 1 Babagon telah mengadakan perlawana persahabatan Bola Tampar bersama dengan Kbp Zon 3 Kolopis..Perlawanan telah diadakan di gelanggang bola tampar Penampang yg berdekatan dengan Kompleks Sukan Penampang..Kedua-dua wakil penganjur perlawanan telah bersetuju agar perlawanan dimulakan sekitar jam 4pm memandangkan cuaca pada masa itu agak panas..hehe...Tujuan sebenar perlawanan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara zon serta melahirkan belia yg mencintai sukan.. Kedua2 pasukan telah menghantar pemain yg cukup hebat dan bertenaga serta membawa bersama pasukan sorak yg memeriahkan suasana..Keputusan perlawanan adalah seri..hehe...Tetapi kedua-dua pasukan tidak mementingkan keputusan perlawanan pada masa itu tetapi lebih mementingkan semangat bermain berlandaskan keseronokan..hehe...Yeahh enjoy that moment...Next game is FUTSAL..So, be ready teamates..hehe..
Wednesday, August 25, 2010
PENAMPANG YOUTH DAY 2
Tuesday, August 24, 2010
MISSA PERTAMA REV. FR. MATHEUS LUTA
38922_1490985267297_1013966118_31455167_5633479_n.jpg)
40588_1490986187320_1013966118_31455173_3748511_n.jpg)
Tanggal 08hb Ogos, 2010 Gereja Sts. Peter & Paul, Babagon buat kali pertamanya menerima paderi baru, Rev. Fr. Matheus Luta yang mengadakan misa pertamanya sebagai seorang paderi. Perkarangan gereja dipenuhi umat yang datang meraikan paderi pertama yang merupakan anak jati Kg. Babagon. Majlis makan tengahari bersama Rev. Fr. Matheus juga diadakan di Dewan Sts. Peter & Paul. Turut hadir ialah Y.A.B Tan Sri Benard Giluk Dompok dan Puan Sri Diana, Y.B. Donald P. Mojuntin, PKR Bryan Matasing, dan beberapa pemimpin gereja pusat.
PENTAHBISAN PADERI BARU
Pada 04hb Ogos 2010, Deacon Matheus Luta telah ditahbis menjadi paderi pertama dari Zon 1 Babagon. Pentahbisan dilangsungkan di Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu oleh Uskup Agung, Datuk John Lee. Turut ditahbis pada petang tersebut ialah Deacon Wiandigol Runsab dan Deacon Sunny Chung. Hampir seribu umat dari daerah Penampang, Papar dan Tuaran datang meraikan upacara gilang-gemilang ini.
Selepas upacara pentahbisan, ketiga-tiga paderi baru diraikan bersama di dewan. Persembahan daripada belia-belia Tuaran, Penampang dan Papar. Paroki Penampang mempersembahkan tarian 1 Malaysia iaitu gabungan tarian tradisi suku kaum di Sabah seperti Limbai, Daling-daling, Cocos, Sumazau dan diakhiri dengan tarian gabungan, 'celebration'. Rakan-rakan dari team Belia Masuk Kampung (BMK) juga mempersembahkan tarian Sumazau Penampang.
Selepas upacara pentahbisan, ketiga-tiga paderi baru diraikan bersama di dewan. Persembahan daripada belia-belia Tuaran, Penampang dan Papar. Paroki Penampang mempersembahkan tarian 1 Malaysia iaitu gabungan tarian tradisi suku kaum di Sabah seperti Limbai, Daling-daling, Cocos, Sumazau dan diakhiri dengan tarian gabungan, 'celebration'. Rakan-rakan dari team Belia Masuk Kampung (BMK) juga mempersembahkan tarian Sumazau Penampang.
Subscribe to:
Posts (Atom)