Monday, April 11, 2011

LAWATAN BELIA DARI RANAU


Pada 18hb -20hb April, seramai 18 orang rakan belia dari Kg. Bongkud, Ranau telah melawat-inap di kawasan Zon Pertanian. Lawatan ini merupakan suatu aktiviti bersama belia-belia yang melayani di Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon dan Chapel St. Victor, Bongkud yang bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama belia.

Para pelawat tiba pada jam 1 petang di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon dan diraikan dengan jamuan ringan dan sesi 'ice-breaking' sebelum diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Aktiviti di sebelah malam ialah doa Jalan Salib dan sunset mass. Selepas itu, semua belia berkumpul di kediaman Pn. Christina David untuk sesi bersama belia-belia yang lain.

Keesokan harinya, aktiviti yang dijalankan ialah sesi perkongsian pengalaman pelayanan daripada belia Ranau dan Penampang, Sesi Pelayanan Belia oleh Deacon Postinus, Sesi Kepimpinan Belia oleh En. Jualianus (TPBP) dan Sesi Games. Pada sebelah malamnya, Konsert Rohani diadakan dengan persembahan oleh pemenang-pemenang Talent Show semasa Revolusi Belia 2011 dan persembahan khas daripada Charlie (KBPZon13Moyog) dan duet Melldry-Davey (KSB CREW) yang menampilkan lagu 'Persahabatan' yang dicipta dan ditulis oleh mereka. Sesi konsert berakhir pada jam 11 malam.

Pada hari terakhir, semua belia berkumpul bersama dan menjamu selera di Pentas Tagal Babagon sebelum para belia dari Ranau berangkat pulang.

"Kami amat mengharap lawatan balas daripada anda ke tempat kami", En. Alfred, Ketua TPB Bongkud.

No comments:

Post a Comment