Friday, July 2, 2010

STs. PETER & PAUL'S DAY


Hari St. Peter & St. Paul disambut setiap 29hb Jun. Tahun ini, Chapel Sts. Peter & Paul menyambut harinya dengan wajah baru selepas pembaikan semula struktur chapel dilakukan sejak ia dirasmikan dan diberkati semula oleh Uskup Agung Datuk John Lee pada 10hb Oktober 1998 pada jam 10.00 pagi.

Misa kudus bermula jam 7.30 malam yang dipimpin oleh rektor Paroki Penampang, Rev. Fr. Alexander Sipanul. Koir mantap KBP Zon 1 Babagon mengiringi perjalanan misa. Selepas misa kudus, umat bersama-sama menjamu selera di Dewan Sts. Peter & Paul. Persembahan koir lagu sugandoi KBP Zon 1 Babagon yang muncul pemenang tempat ketiga pada Pertandingan Sugandoi Paroki Penampang pada bulan Mei turut diadakan dengan lagu kedua, Sts. Peter & Paul iaitu lagu rasmi chapel. Upacara menyambut Hari Bapa juga diadakan dengan acara memotong kek oleh kaum bapa bersama Rev. Fr. Alex.

Acara kemuncak ialah cabutan tiket bertuah dengan 40 hamper bernilai RM 20, 30 hamper bernilai RM 30, 10 hadiah lumayan berupa perkakasan elektrik dan 3 hadiah utama iaitu telefon bimbit, pemotong rumput dan mesin basuh menjadi taruhan. Sebanyak 6000 ribu lebih tiket berjaya dijual. Selain itu, acara cabutan nama bertuah untuk kaum bapa juga menarik perhatian. Acara tamat pada jam 11.30 malam.

No comments:

Post a Comment