Wednesday, August 25, 2010

PENAMPANG YOUTH DAY 2


Penampang Youth Day 2 telah berlangsung pada 15hb & 16hb Ogos, 2010 bertempat di Dewan St. Agustine, Kinarut. Seramai 32 orang peserta dari Zon 1 Babagon menjayakan perhimpunan belia-belia Kristian seluruh Paroki Penampang yang kali kedua diadakan. Tuan rumah PYD-3 belum diputuskan.

Tuesday, August 24, 2010

MISSA PERTAMA REV. FR. MATHEUS LUTA



Tanggal 08hb Ogos, 2010 Gereja Sts. Peter & Paul, Babagon buat kali pertamanya menerima paderi baru, Rev. Fr. Matheus Luta yang mengadakan misa pertamanya sebagai seorang paderi. Perkarangan gereja dipenuhi umat yang datang meraikan paderi pertama yang merupakan anak jati Kg. Babagon. Majlis makan tengahari bersama Rev. Fr. Matheus juga diadakan di Dewan Sts. Peter & Paul. Turut hadir ialah Y.A.B Tan Sri Benard Giluk Dompok dan Puan Sri Diana, Y.B. Donald P. Mojuntin, PKR Bryan Matasing, dan beberapa pemimpin gereja pusat.

PENTAHBISAN PADERI BARU

Rev. Fr. Matheus (baju biru)

Pada 04hb Ogos 2010, Deacon Matheus Luta telah ditahbis menjadi paderi pertama dari Zon 1 Babagon. Pentahbisan dilangsungkan di Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu oleh Uskup Agung, Datuk John Lee. Turut ditahbis pada petang tersebut ialah Deacon Wiandigol Runsab dan Deacon Sunny Chung. Hampir seribu umat dari daerah Penampang, Papar dan Tuaran datang meraikan upacara gilang-gemilang ini.

Selepas upacara pentahbisan, ketiga-tiga paderi baru diraikan bersama di dewan. Persembahan daripada belia-belia Tuaran, Penampang dan Papar. Paroki Penampang mempersembahkan tarian 1 Malaysia iaitu gabungan tarian tradisi suku kaum di Sabah seperti Limbai, Daling-daling, Cocos, Sumazau dan diakhiri dengan tarian gabungan, 'celebration'. Rakan-rakan dari team Belia Masuk Kampung (BMK) juga mempersembahkan tarian Sumazau Penampang.

Friday, August 6, 2010

KEM BELIA ORANG ASAL PERINGKAT NEGERI SABAH 2010




KEM BELIA ORANG ASAL PERINGKAT NEGERI SABAH 2010 telah diadakan pada 30hb Julai 2010 hingga 01hb Ogos 2010 bertempat di Sub-stesen Taman Negara, Inobong. Kem belia ini merupakan anjuran Jaringan Belia Orang Asal Sabah dan bertemakan TANAH & HUTAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG. Seramai 150 orang belia daripada 12 buah daerah di seluruh Sabah termasuk rakan belia orang asal dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia berkampung di Sub-stesen Taman Negara ini. Kem ini dirasmikan oleh En. Anthonius Tompisal, Pegawai Belia Pantai Barat dari Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Delegasi Penampang merupakan yang paling ramai, KBP Zon 1 Babagon terdiri daripada Pn. Christina David, Pn. Jovinia Gilong, Flevia Johny, Melly Lingkuman, Baxter Collin, Clarice Sampil, Nestor Gupok, Leslie Justin, Rachelle Kuanching, Dona Peter, Kelly Gregory dan Roysten Johny. Tahniah kepada rakan-rakan KBP yang berjaya memeriahkan dan memeriuhkan kem belia tahun ini.

Tuesday, July 27, 2010

PROGRAM KEEPING ME SAFE


Program Penjagaan Diri Saya (Keeping Me Safe) telah dianjur bersama oleh Komiti Belia Pelaksana Zon 1 Babagon dan Pusat Belia Kota Kinabalu (Good Sheperd). Seramai 41 orang belia berumur dari 13 tahun hingga 18 tahun telah menjayakan program 3 hari 2 malam yang diadakan di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon. 3 orang penceramah dari Good Sheperd iaitu Amy, Mary Anne dan Evelyn berjaya menyampaikan ceramah mereka dengan berkesan. Daripada survey yang diadakan, rata-rata peserta memilih Amy sebagai penceramah terbaik. Krew-krew Kami Sedia Bantu juga bertungkus-lumus sepanjang 3 hari.

Antara sesi diadakan yang diadakan ialah:

1. Hak-hak & Tanggungjawab Saya,
2. Saya, Diri Saya & Tubuh Saya,
3. Risiko,
4. Membuat Keputusan,
5. Mengenai Diri Saya,
6. Kemarahan & Keganasan,
7. Perhubungan Yang Sihat,

Program diakhiri dengan ucapan penutupan oleh mantan Pengerusi Komiti Pastoral Zon 1 Babagon, En. Roger Sampil. Diakhir kempen, Krew KSB mengadakan konsert mini bersama para peserta. Cukup meriah suasana di dewan semasa penutupan program. Rata-rata peserta seronok dan berpuas hati dengan layanan krew KSB dan sesi yang disediakan oleh Good Sheperd. Syabas kepada semua yang terlibat.

SEMINAR HIDUP BARU DALAM ROH

Seminar Hidup Baru Dalam Roh (Life In the Spirit's Seminar) telah diadakan pada 09hb - 11hb Julai, 2010. Bertempat di Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon. Seminar selama 3 hari 2 malam, dihadiri seramai 145 orang peserta dari dalam dan luar Zon 1 Babagon. Komiti Belia Pelaksana (KBP) Zon 1 Babagon telah mengiringi koir sepanjang program berlangsung. Seminar ini dianjur oleh Komiti Pastoral Zon 1 Babagon.

Friday, July 16, 2010

DOA UNTUK MENDIANG HELEN MAH

Sebaik tamat program 'roadshow' di Kg. Timpangoh pada 04hb Julai 2010 sekitar jam 11.30 pagi, semua krew KBP bertolak ke Kg. Timpoluon untuk mengadakan doa rosari untuk mendiang Helen Mah Hing, ahli tetap dan aktif CCR dan Legion of Mary. Mendiang meninggal pada pagi 02hb Julai 2010 disebabkan penyakit yang telah lama dihidapinya. Semoga Tuhan memberkati dan mencurahkan roh kudus kepada mendiang dan ditempatkan di kalangan mereka yang baik-baik.

KBP Krew: Nestor Gupok, Widy Makin, Donna Peter, Ovie Mildred, Rachell Kuanching, Meldry Mikin, Leslie Justin, Davey Dinis, Baxter Collin, Sonny Jeli, Roland Chok, Rudy Chok.

ROADSHOW KBP INDUK KE KG. TIMPANGOH


Pada 04hb Julai 2010 yang lepas, Team KBP Induk Zon 1 Babagon telah mengadakan lawatan ke Chapel Christ is Risen, Kg. Timpangoh, Babagon yang juga merupakan lawatan kedua Team Induk selepas melawat Chapel St. Stepehen, Kibunut.

Objektif utama 'roadshow' kali ini ialah:

1. Memperkenalkan barisan kepimpinan KBP Zon 1 Babagon 2010/2011
2. Taklimat Penampang Youth Day 2 di Kinarut
3. Taklimat Pesta Belia Keuskupan di Kota Kinabalu
4. Taklimat aktiviti KBP Zon 1 Babagon

Dalam 'roadshow' ini juga, Team Induk turut mengiringi perjalanan liturgi minggu dengan koir. Selain mengadakan taklimat, Team Induk sempat beramah-mesra dengan belia-belia Kg. Timpangoh melalui 'games' yang telah disediakan. Suasana cukup meriah dan riuh dengan sorak-sorai belia yang hadir semasa 'games' berlangsung.

Dalam sesi perkongsian salah satu rakan iaitu Nestor Gupok dari Kg. Babagon dan Judoh Siting dari Kg. Timpango telah memberi perkongsian mengenai perjalanan pelayanan belia mereka. Selain itu, Kat. Benjamin Suling dari Kg. Timpangoh juga diberi peluang untuk membuat perkongsian dan memberi nasihat berguna kepada para belia. Sepanjang sesi berlangsung, jurucakap Team Induk pada hari itu, Baxter Collin berjaya menghidupkan suasana dengan gelagat dan telatah spontannya.

'Roadshow' tamat dengan sesi makan tengahari. 'Roadshow' seterusnya adalah di Chapel Christ is King, Kg. Kipouvo. Namun, masa dan tarikh belum ditetapkan.

Team Induk: Melly Lingkuman (Koordinator), Baxter Collin (Asst. Koodinator), Clarice Sampil (Setiausaha), Nestor Gupok (Pen. Setiausaha), Leslie Justin (Bendahari), Sonny Jeli, Donna Peter, Roriano Engkim dan Rachell Kuanching.

Team Sokongan: Mc Ervine Michael, Oliver Simon, Rudy Chok, Wilber John, Florina Lily Jelbin, Davey Dinis, dan Meldry Mikin.

Tidak hadir: Marcus Tunal, Alevianna Gidius dan Johned Disius


Friday, July 2, 2010

STs. PETER & PAUL'S DAY


Hari St. Peter & St. Paul disambut setiap 29hb Jun. Tahun ini, Chapel Sts. Peter & Paul menyambut harinya dengan wajah baru selepas pembaikan semula struktur chapel dilakukan sejak ia dirasmikan dan diberkati semula oleh Uskup Agung Datuk John Lee pada 10hb Oktober 1998 pada jam 10.00 pagi.

Misa kudus bermula jam 7.30 malam yang dipimpin oleh rektor Paroki Penampang, Rev. Fr. Alexander Sipanul. Koir mantap KBP Zon 1 Babagon mengiringi perjalanan misa. Selepas misa kudus, umat bersama-sama menjamu selera di Dewan Sts. Peter & Paul. Persembahan koir lagu sugandoi KBP Zon 1 Babagon yang muncul pemenang tempat ketiga pada Pertandingan Sugandoi Paroki Penampang pada bulan Mei turut diadakan dengan lagu kedua, Sts. Peter & Paul iaitu lagu rasmi chapel. Upacara menyambut Hari Bapa juga diadakan dengan acara memotong kek oleh kaum bapa bersama Rev. Fr. Alex.

Acara kemuncak ialah cabutan tiket bertuah dengan 40 hamper bernilai RM 20, 30 hamper bernilai RM 30, 10 hadiah lumayan berupa perkakasan elektrik dan 3 hadiah utama iaitu telefon bimbit, pemotong rumput dan mesin basuh menjadi taruhan. Sebanyak 6000 ribu lebih tiket berjaya dijual. Selain itu, acara cabutan nama bertuah untuk kaum bapa juga menarik perhatian. Acara tamat pada jam 11.30 malam.

LATIHAN KOIR BELIA UNTUK FEAST DAY

Latihan koir untuk feast day telah diadakan pada 22hb-24hb & 28hb Jun 2010 di Chapel Sts. Peter & Paul, Babagon. Seramai 25 orang telah menyertai latihan ini. Latihan koir ini adalah untuk hari Sts. Peter & Paul yang jatuh pada 29hb Jun 2010. Selain latihan koir, latihan untuk persembahan juga dilakukan sebagai back-up plan untuk pengisian acara pada hari tersebut. Syabas diucapkan kepada semua belia yang bertungkus lumus menjayakan latihan ini. Semoga Tuhan memberkati kita semua.

Koordinator : Melly Lingkuman
Music ministry : Firminus Goluis
Song's book : Ovie Mildred Jamili